Monday, October 25, 2010

Pertunanganku


~10.10.10~

Hari ini dalam sejarah... tarikh yang cantik dan tidak akan dapat aku lupa kan.. dimana pada tarikh ini, sebuah ikatan perjanjian penyatuan dua keluarga telah termetrai antara keluargaku dan keluarga syed al-qudsi.. Bugis + Arab... apa lah jadik nyer yerkk... hahaha...

Merisik telah selamat diadakan pada 1/8/10 di kg halamanku.. Kemudian, di ikuti majlis pertunangan pada 10/10/10... Al-hamdulillah, majlis berjalan dengan lancar..

3 keluarga serumpun telah berkumpul dirumahku (Keluarga mak, arwah abah dan juga bapa tiri ku). Suasana agak meriah. Mereka semua sgt byk membantu.. aku amat berterima kasih kepada mereka.. Jasa kalian tidak akan dapat dibalas dengan wang ringgit..

Saturday, May 22, 2010

F.I.P.F

Salam 1 Malaysia...

FINANCIAL INDEPENDENT, PERSONAL FREEDOM....

Apakah yg dimaksudkan dgn F.I.P.F. atau x pernah dengar pun? ini adalah cita-cita ku.. aku ingin bebas. bebas terbang ke mana sahaja tanpa ada yg menghalang apa yg aku ingin lakukan. aku ingin kan kehidupan yang harmoni, bahgia, aman dan tenteram. aku tidak ingin hidupku ditentukn oleh org lain.. aku tidak ingin masa ku diambil oleh org lain.. aku ingin punyai masa untuk menghabiskan duit yang aku ada.. Bukan duit banyak, tp x der masa @pun masa byk, tp tiada duit.. apa yg ku mahu adalah ada masa, ada wang.... Duit bukan segala-galanya, ttp segala-galanya memerlukan wang ringgit.. Malang tidak berbau...

Aku tersangatlah mengerti untuk mencapai kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah... Perlu usaha yang berterusan, semangat jati diri yang tinggi, motivasi yang mantap, hati yang tabah, fikiran yang bernas, berdisplin dan bermacam-macam lagi... Apapun, aku pasti 'dimana ada kemahuan, disitu ada jalan!'.........