Construction (QS)

Aku mempunyai basic dalam bidang Surveying. Iaitu pemegang Diploma Ukur Bahan, Politeknik Kota Bahru. Tamat Pengajian pada May 2004. Selepas tamat pengajian, aku bekerja sbg Pembantu Jurukur Bahan di salah satu syarikat perunding Ukur Bahan di Johor Bahru. Aku bertahan di syarikat ini selama 3 tahun. Banyak ilmu tentang kerjaya sbg Jurukur Bahan di syarikat ini..

Pd april 2007, aku telah membuat keputusan untuk bekerja sendiri (dalam bidang Network Marketing). Tetapi, dalam masa yang sama aku juga ada membuat freelance QS. Antara skop kerja adalah penyediaan Claim, Variation Order, Final Account, dsb. Bayaran bergantung kepada kerja yang dipertanggungjawabkan.

KINI -BERMULA 2010

Daripada pengalaman berniaga, aku telah belajar bahawa kita tidak boleh mengharapkan satu bidang sahaja. Kita perlu ada beberapa jenis sumber pendapatan bagi mengelakkan risiko sekiranya sst perniagaan kita mengalami masalah kritikal. Stp perkara pasti ada masalah. Yang penting adalah bagaimana kita mengatasinya. Setelah berfikir2 dan berbincang, akhirnya aku mengambil keputusan untuk serius dalam bidang construction dan network marketing. Manakala, bakal suamiku pula serius dalam perniagaan makanan dan juga network marketing. Itu setakat inilah. Insyallah, satu hari empayar perniagaan kami akan ditambah lagi..

Akhirnya, aku telah mengambil keputusan untuk bekerja sbg QS semula. Tetapi, kali ini bukan di syarikat perunding (consultant), ttp adalah di syarikat kontraktor. Hal ini supaya aku dapat belajar dgn lebih detail tentang perjalanan sst projek untuk aku guna pakai dimasa akan datang.

Kini, aku sedang belajar selok belok perniagaan dalam bidang construction bore pile.. Masih banyak yang aku perlu pelajari lagi.. Dan Al-hamdulillah, aku dikelilingi oleh mereka yang tidak kedekut ilmu. Banyak ilmu dan pengetahuan yang aku perolehi. Semua pengalaman ini amatlah berharga dan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.. Thanks to all....

No comments:

Post a Comment